Dec 31, 2010

Asam Pedas - Cara Saya

Minggu lepas, ada seorang sahabat bertanyakan pada saya resepi asam pedas. Katanya, itu lauk favourite suami, so kena la belajar resipinya. Betul juga! Kalau boleh menambat hati suami, apa salahnya....Saya bukan pandai sangat memasak, jadi bile ada yg bertanya tu, takut2 juga saya mengajar. Terus terang, resepi asam pedas asli Melaka, saya memang tak tahu....tapi inilah cara ibu saya masak sejak kami kecil lagi. Alhamdulillah, citarasa kami ni, boleh pakai gak...Kata suami sahabat saya tu, sedap. Sebenarnya, bukan resepi saya yang sedap...tapi air tangan isterinya yg sedap, walaupun pertama kali memasak lauk ni.

Ok. Bagi yang nak cuba, ni cara saya masak asam pedas. Mudah je. Tapi, maaf ye! Saya x pandai nk agak sukatan.

Bahan2:

Ikan Parang/Jenahak/Cencaru (dlm 3 potong, klu cencaru besar 3 ekor la kot)
(ada yg gunakan ikan kembong atau tenggiri, tapi keluarga saya suka 3 jenis ikan ni, paling sedap parang & jenahak)
8-10 ulas Bawang merah - ditumbuk
4 ulas Bawang putih - ditumbuk
Kunyit hidup sebesar setengah ibu jari - ditumbuk juga (kunyit serbuk 1 sudu kecik)
Cili kering yang dikisar halus (cili boh pn boleh gak, tapi tak sedap sangat)
Asam jawa
Daun kesum (ikut suka)

Cara2

Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk tadi sampai naik bau. Masukkan cili yg dikisar, biasanya saya gunakan 3-4 senduk sbb kami adik beradik mmg sukakan kuah asam pedas. Masak sampai garing. Ambil asam jawa dlm lebih kurang segenggam, ramas dengan air, biar pekat. Masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan ikan. Biar hingga pekat sedikit. Kemudian masukkan baki air asam jawa sampai paras yg kita nak. Masukkan daun kesum. Biarkan masak hingga pecah minyak & pekat sedikit. Kalau suka, boleh masukkan bendi atau terung & tomato.

Inilah asam pedas, cara saya. Boleh cuba & ubahsuai ikut citarasa sendiri. Ada yang masukkan sedikit halba, tapi saya x suka sbb nanti rasa pedas cili tu hilang. Selamat mencuba!

Dec 9, 2010

Our 1st Anniversary

   Last Sunday (5th Dec) was our 1st wedding anniversary. Since there are many things that need to be taken care of on that day, we have to wait until evening to celebrate. My husband decided to have a dinner of two, buffet style at a restaurant in Shah Alam, which is something that I had wish for. I don't need a fancy celebration or a party, just spending some time where there's only me and my husband is enough. I got a new handphone a few days before the date and an anniversary wish & doa from my dearest mommy a day before. Thank you mama.

   Without realizing, a year has passed but we still have a long way to go. Our path has just begun. Looking back at the 1st year of our marriage, there were many obstacles that we had overcame but the biggest are yet to come. For this 1 year, we are really grateful and thank you Allah for letting us passed through this 1 year.

   Sitting alone after our 1st anniversary celebration makes me wonder, what will happen in the next 5 years or 10 years or maybe 30 years? Will our marriage lasts? How will Allah test us in the future? Will Allah give us chance to have children? Thinking of these reminds of the "Kursus Kahwin" that everyone of us need to take before getting married. One the Ustaz, who is also a counselor in Jabatan Agama, said, "The first 2 to 3 years of marriage are honeymoon years. These are the years when 'kentut pun bau wangi'. During these years you will be cherishing each other as if there is no one else in this world except both of you. The next 15 to 20 years are the most challenging years. During these years, even a perfume is smelly, your wife is not as beautiful as the time you married her and your husband becomes the most irritating creature in your eyes. However, if you can survive these years, the next years, Insya Allah will be the most beautiful years ever and your marriage will last." These kind of things scares me but I will not give up. Yes, I want to survive! I believe that we will always have Allah to turn to and if we hold tightly in Quran & Sunnah, everything will be easier.

   For this anniversary, I wish nothing more than having a soleh husband & children, Insya Allah. May we be guided by Allah for all the time as nothing is greater than Allah s.w.t.

Dec 5, 2010

Kisah Fatimah r. a.

Saya ingin kongsikan kisah Fatimah r. a. yg diambil dari website Ustaz Azhar Idrus. Saya selalu mendengar kisah ini semasa masih di sekolah rendah & menengah. Apabila umur semakin meningkat, satu persatu kisah2 sirah mula saya lupakan. Terlanjur mengulang baca di web Ustaz Azhar ni, ingin saya kongsikan kisah ini utk tatapan sahabat2 sekalian dengan harapan agar kisah ini dapat dijadikan rujukan dalam meniti hari untuk bergelar isteri solehah.


KISAH FATIMAH R. A.


Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

Buat renungan semua: Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik :
1. Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lebih baik,
2. Adil dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lebih baik,
3. Bertaubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah lebih baik,
4. Derma dan sedekah  dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang fakir adalah lebih baik.