Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Feb 7, 2011

Spaghetti Bolognese

I cooked this twice last week, with a slight modifications. The first one was on Thursday & the second one was on Friday. The I cooked on Thusrday was for my husband and the Friday spaghetti was specially  made for my dearest piranhas in Klang. The ingredients for both spaghetti were slightly differed. Why? Because I used whatever I had during that time. Since the first time I cooked  was at my in laws' house and  the second time was at my parents', surely the ingredients were different.

Okey. Here's how I cooked it...Please bear in mind that this is not the original traditional spaghetti bolognese...Hahaha...I have it 'diMELAYUkan'...

My Bolognese Sauce-My husband loves button mushroom

 
The spaghetti (I tried to 'landscape' this photo, but when uploaded, it turned this way...so I just leave it)

Ingredients:

1 packet spaghetti (400 g)
2 packets minced beef (I used Ramli's, 250g each)
2 cans of button mushroom - sliced/diced
5 cloves of garlic - chopped
5 onions - chopped
A carrot - diced
A quarter capsicum - diced
3 tomatoes - diced
2 cans of Prego (Traditional)
1 spoonful chili paste
Black pepper
Salt
Olive oil/Oil

Directions:

Spaghetti

Bring the water to a boil, add salt and oil. Put the spaghetti into the boiling water. You can bend them around the saucepan once they have been in the boiling water for a couple of seconds.Taste the spaghetti after the recommended cooking time is over. When the spaghetti are to your liking, pour into a colander and rinse under water to cool it down.

Bolognese Sauce
  1. Heat two spoonful oil in a large saucepan. Add in chopped onions and garlic and cook until they turn brown.
  2. Add in minced beef. Fry the onions, garlic and beef until nice and crumbly.
  3. Add in chili paste and Prego. Add diced carrots, tomatoes, capsicum and button mushroom.
  4. Add half cup of water and let it simmer on low heat for 30 minutes to 1 hour. Stir occasionally. Season it with salt and black pepper according to your liking.
  5. The sauce is ready when it has reduced, thickened and blend together.

Jan 5, 2011

Sotong Goreng Kicap

Sotong masak kicap ni mmg favourite suami saya. Kebetulan semalam kami ke pasar malam. Suami belikan sotong, minta saya masakkan sotong goreng kicap kegemarannya. Jadi, tidak boleh tidak...hari ni saya buatkan juga. Wajib bagi saya menyediakannya...betul ke? Ni ustaz kursus kawen tu yg beritahu. Alhamdulillah...selesai sudah tadi dan dah selamat dalam perut suami. Kelebihan isteri tak bekerja....hehe...

Sotong goreng kicap ni, senang saja. Rasanya semua pn tau buat, kan? Saje jer gatal2 tangan nk post kat sini....

Bahan2

1 kg sotong (semalam suami beli, RM 18/kg...harga biasa? x sure la pulak)
Kunyit serbuk secukupnya
Garam secukup rasa
2 biji Bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
Halia sebesar ibu jari - dihiris
2 batang cili merah - dihiris
5 batang cili padi - dihiris
Asam jawa
Kicap manis & masin (saya gunakan kicap manis cap kipas udang & kicap masin Tamin)

Cara-cara

  1. Gaulkan sotong dengan garam & kunyit secukupnya. Goreng sehingga garing (sebab saya suka garing). Tapi jangan lama sangat sebab x nak sotong jadi keras. Toskan minyak & ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali lain. Boleh juga kalau nk gunakan minyak goreng sotong, tapi saya x galakkan sebab kolesterol. Hehehe....kena jaga kesihatan skit.
  3. Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, halia, cili merah & cili padi, goreng sehingga naik bau.
  4. Masukkan sedikit air asam jawa & kicap. Masak hingga mendidih
  5. Masukkan sotong goreng tadi.
  6. Masak sebentar. Angkat & hidangkan.
Saya ni, x berapa pandai memasak. Tapi sibuk nk post dlm blog. Tapi saya xde amik gambar, sebab segan ngan ibu mertua. Hehehe.....Lain kali lah ye....Kalau masak sotong, saya memang suka goreng dulu. Masak sambal sotong pn sama juga. Saya mesti nak goreng garing dulu sebab saya x suka rasa hanyir sotong. Cuba la ye. Lain kali saya masukkan resipi lain pula....

Sekian. Kalau x sedap, beritahu ye....boleh saya try cara korang pulak....!!

++...Betol la azee...kite terlupa pasal kicap....Dah masuk dah....++

Dec 31, 2010

Asam Pedas - Cara Saya

Minggu lepas, ada seorang sahabat bertanyakan pada saya resepi asam pedas. Katanya, itu lauk favourite suami, so kena la belajar resipinya. Betul juga! Kalau boleh menambat hati suami, apa salahnya....Saya bukan pandai sangat memasak, jadi bile ada yg bertanya tu, takut2 juga saya mengajar. Terus terang, resepi asam pedas asli Melaka, saya memang tak tahu....tapi inilah cara ibu saya masak sejak kami kecil lagi. Alhamdulillah, citarasa kami ni, boleh pakai gak...Kata suami sahabat saya tu, sedap. Sebenarnya, bukan resepi saya yang sedap...tapi air tangan isterinya yg sedap, walaupun pertama kali memasak lauk ni.

Ok. Bagi yang nak cuba, ni cara saya masak asam pedas. Mudah je. Tapi, maaf ye! Saya x pandai nk agak sukatan.

Bahan2:

Ikan Parang/Jenahak/Cencaru (dlm 3 potong, klu cencaru besar 3 ekor la kot)
(ada yg gunakan ikan kembong atau tenggiri, tapi keluarga saya suka 3 jenis ikan ni, paling sedap parang & jenahak)
8-10 ulas Bawang merah - ditumbuk
4 ulas Bawang putih - ditumbuk
Kunyit hidup sebesar setengah ibu jari - ditumbuk juga (kunyit serbuk 1 sudu kecik)
Cili kering yang dikisar halus (cili boh pn boleh gak, tapi tak sedap sangat)
Asam jawa
Daun kesum (ikut suka)

Cara2

Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk tadi sampai naik bau. Masukkan cili yg dikisar, biasanya saya gunakan 3-4 senduk sbb kami adik beradik mmg sukakan kuah asam pedas. Masak sampai garing. Ambil asam jawa dlm lebih kurang segenggam, ramas dengan air, biar pekat. Masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan ikan. Biar hingga pekat sedikit. Kemudian masukkan baki air asam jawa sampai paras yg kita nak. Masukkan daun kesum. Biarkan masak hingga pecah minyak & pekat sedikit. Kalau suka, boleh masukkan bendi atau terung & tomato.

Inilah asam pedas, cara saya. Boleh cuba & ubahsuai ikut citarasa sendiri. Ada yang masukkan sedikit halba, tapi saya x suka sbb nanti rasa pedas cili tu hilang. Selamat mencuba!

Sep 1, 2010

Biskut Arab vs Minyak Sapi

Isnin lepas, saya, husband, ibu & noni pegi ke ke pasaraya Checkers. Ibu & Noni cari bahan untuk buat tat nenas. Tat nenas ni mmg sumber rezeki famili in law saya tiap2 tahun. Saya pula berhajat untuk membuat beberapa jenis biskut raya yg mudah. Yang ada dlm kepala ni, biskut arab atau biskut minyak sapi. Resepi biskut ni, mmg sangat senang & mmg jadi favourite family saya, cuma tahun lepas kami tak berpeluang buat biskut ni. Memandang resepinya mudah, memang saya bercadang nak buat sendiri tahun ni. Bahan2nya ada 3 jer; tepung gandum, minyak sapi & gula. Biasanya saya & mama akan gunakan minyak sapi QBB Pure Ghee. Susah juga nak cari minyak sapi brand ni sekarang, dah terlanjur jumpa di Checkers, dengan penuh excited saya pun beli yg tin sederhana besar (400 g), beli 2 tin, 1 saya & 1 ibu. Masuk kereta jer, saya pun beritahu ibu, serta merta hati yang berbunga tadi, layu. Rupa-rupanya, sijil halal QBB Pure Ghee telah digantung oleh Jakim. Untuk kepastian lanjut boleh tengok kat sini. Frust sungguh!!! Nampaknya terpaksalah saya cuba gunakan brand yang lain. Dengar2 Gheeblend pun ok gak. Seram rasanya nk mkn nasi beriani kat mamak.

Berbalik pada cerita biskut saya. Ni resepi biskut Arab yang biasa saya buat:

500 g tepung gandum (diayak)
250 g gula (dikisar halus)
250 g minyak sapi

Gaulkan minyak sapi & gula hingga sebati, kemudian masukkan tepung. Bila dah jadi doh, bulat2kan & letak atas dulang pembakar. Saiz ikut kesukaan. Boleh hiaskan dgn ceri kat atas. Kemudian bakar dlm oven. Kalau nak golek2 kan ngan gula pastu pn boleh gak. Ada sesetengah yang suka buat warna warni, pun boleh juga. Ikut citarasa sendiri ye....

Biasanya, saya akan kurangkan sedikit gula sbb kami lebih sukakan rasa lemak minyak sapi. Lagipun mama kena jaga gula, ok. Tepung pun saya tak letak semua, sbb kitorang adik beradik suka biskut ni lembut skit, ala-ala "cair dlm mulut" gitu. Apa yg saya buat, saya masukkan tepung secara berperingkat sampai agak2 doh tak melekat pada bekas & tangan.

Itu sahaja. Nanti bila dh buat, saya tepek gambar kt sini ya.