Minggu lepas, ada seorang sahabat bertanyakan pada saya resepi asam pedas. Katanya, itu lauk favourite suami, so kena la belajar resipinya. Betul juga! Kalau boleh menambat hati suami, apa salahnya....Saya bukan pandai sangat memasak, jadi bile ada yg bertanya tu, takut2 juga saya mengajar. Terus terang, resepi asam pedas asli Melaka, saya memang tak tahu....tapi inilah cara ibu saya masak sejak kami kecil lagi. Alhamdulillah, citarasa kami ni, boleh pakai gak...Kata suami sahabat saya tu, sedap. Sebenarnya, bukan resepi saya yang sedap...tapi air tangan isterinya yg sedap, walaupun pertama kali memasak lauk ni.
Ok. Bagi yang nak cuba, ni cara saya masak asam pedas. Mudah je. Tapi, maaf ye! Saya x pandai nk agak sukatan.
Bahan2:
Ikan Parang/Jenahak/Cencaru (dlm 3 potong, klu cencaru besar 3 ekor la kot)
(ada yg gunakan ikan kembong atau tenggiri, tapi keluarga saya suka 3 jenis ikan ni, paling sedap parang & jenahak)
8-10 ulas Bawang merah - ditumbuk
4 ulas Bawang putih - ditumbuk
Kunyit hidup sebesar setengah ibu jari - ditumbuk juga (kunyit serbuk 1 sudu kecik)
Cili kering yang dikisar halus (cili boh pn boleh gak, tapi tak sedap sangat)
Asam jawa
Daun kesum (ikut suka)
Cara2
Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk tadi sampai naik bau. Masukkan cili yg dikisar, biasanya saya gunakan 3-4 senduk sbb kami adik beradik mmg sukakan kuah asam pedas. Masak sampai garing. Ambil asam jawa dlm lebih kurang segenggam, ramas dengan air, biar pekat. Masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan ikan. Biar hingga pekat sedikit. Kemudian masukkan baki air asam jawa sampai paras yg kita nak. Masukkan daun kesum. Biarkan masak hingga pecah minyak & pekat sedikit. Kalau suka, boleh masukkan bendi atau terung & tomato.
Inilah asam pedas, cara saya. Boleh cuba & ubahsuai ikut citarasa sendiri. Ada yang masukkan sedikit halba, tapi saya x suka sbb nanti rasa pedas cili tu hilang. Selamat mencuba!
wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau (Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni)
Dec 31, 2010
Dec 9, 2010
Our 1st Anniversary
Last Sunday (5th Dec) was our 1st wedding anniversary. Since there are many things that need to be taken care of on that day, we have to wait until evening to celebrate. My husband decided to have a dinner of two, buffet style at a restaurant in Shah Alam, which is something that I had wish for. I don't need a fancy celebration or a party, just spending some time where there's only me and my husband is enough. I got a new handphone a few days before the date and an anniversary wish & doa from my dearest mommy a day before. Thank you mama.
Without realizing, a year has passed but we still have a long way to go. Our path has just begun. Looking back at the 1st year of our marriage, there were many obstacles that we had overcame but the biggest are yet to come. For this 1 year, we are really grateful and thank you Allah for letting us passed through this 1 year.
Sitting alone after our 1st anniversary celebration makes me wonder, what will happen in the next 5 years or 10 years or maybe 30 years? Will our marriage lasts? How will Allah test us in the future? Will Allah give us chance to have children? Thinking of these reminds of the "Kursus Kahwin" that everyone of us need to take before getting married. One the Ustaz, who is also a counselor in Jabatan Agama, said, "The first 2 to 3 years of marriage are honeymoon years. These are the years when 'kentut pun bau wangi'. During these years you will be cherishing each other as if there is no one else in this world except both of you. The next 15 to 20 years are the most challenging years. During these years, even a perfume is smelly, your wife is not as beautiful as the time you married her and your husband becomes the most irritating creature in your eyes. However, if you can survive these years, the next years, Insya Allah will be the most beautiful years ever and your marriage will last." These kind of things scares me but I will not give up. Yes, I want to survive! I believe that we will always have Allah to turn to and if we hold tightly in Quran & Sunnah, everything will be easier.
For this anniversary, I wish nothing more than having a soleh husband & children, Insya Allah. May we be guided by Allah for all the time as nothing is greater than Allah s.w.t.
Dec 5, 2010
Kisah Fatimah r. a.
Saya ingin kongsikan kisah Fatimah r. a. yg diambil dari website Ustaz Azhar Idrus. Saya selalu mendengar kisah ini semasa masih di sekolah rendah & menengah. Apabila umur semakin meningkat, satu persatu kisah2 sirah mula saya lupakan. Terlanjur mengulang baca di web Ustaz Azhar ni, ingin saya kongsikan kisah ini utk tatapan sahabat2 sekalian dengan harapan agar kisah ini dapat dijadikan rujukan dalam meniti hari untuk bergelar isteri solehah.
KISAH FATIMAH R. A.
Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.
Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.
Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)
Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.
Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.
Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.
Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.
Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya
Buat renungan semua: Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka
Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik :
1. Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lebih baik,
2. Adil dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lebih baik,
3. Bertaubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah lebih baik,
4. Derma dan sedekah dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang fakir adalah lebih baik.
Nov 10, 2010
Makaroni Bakar Ibu
Sudah agak lama saya tak mengupdate blog ni kan? Titibe jer nk masukkan gambar mknn plak....Alkisahnya....last week kan cuti Deepavali....Maka, kami adik beradik pn bkumpul la kt umah....nk kumpul time raye aji, sume xde cuti, tmbh pulak ade sorang yg dah terlepas ke Penang...payah la sikit kan....ape lg, mama pn suh la saya buatkan makaroni bakar....apa yg sepecial nya makaroni nih...?? Makaroni bakar ni telah di"Melayu" kan...itula yg special nya....resipi asal adlh dr ibu mertuaku...maka sbb tu la sy nama kan Makaroni Bakar Ibu....
Kalau ada yg nk cuba, nih resepinya...
1 cwn makaroni (yg kecik2) (sukat dulu, kemudian rebus)
2 cwn santan pekat
Daun bawang-dihiris
Daun sup-dihiris
5 biji telur
Rempah kari (Ikut citarasa-saya gunakan 1 peket rempah kari daging adabi yg harga RM1)
200 g daging cincang
Cili besar-dihiris
6 biji Bawang besar 4 biji dihiris & digoreng & 2 biji dihiris
Minyak sapi 2 sudu
Garam
2 s/b tepung gandum
Cara2 nya:
- Panaskan minyak sapi. Gorengkan hirisan bwg besar & daging.
- Masukkan rempah kari & goreng hingga kering. Ketepikan.
- Pukul telur dlm santan, masukkan tepung. Pukul sebati.
- Ambil loyang 4 segi (saiz sederhana), masukkan makaroni di bhg bwh skali, lapiskan daging, sedikit bwg goreng, hirisan cili, daun bawang & daun sup.
- Akhir skali masukkan bancuhan santan, telur, tepung & garam td.
- Bakar dlm oven, 170 degC. Agak2 selepas 10 min, keluarkan & tabur lebihan bwg goreng. Bakar sekali lg sehingga warna keperangan. (Tempoh masak bergantung pd saiz makaroni)
Oct 13, 2010
Kisah Kemalangan Ngeri 101010
Pertama sekali, bingkisan al-Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam dan ucapan takziah dari saya buat ahli keluarga yang terlibat. Sebenarnya tiada apa yang boleh dikatakan lagi....apa yang berlaku adalah mengikut ketentuan Allah yang Maha Kuasa.
Saya melalui kawasan kemalangan tersebut ketika hampir pukul 7 petang dan saya percaya pada waktu saya dan keluarga melalui kawasan tersebut, kemalangan itu baru saja berlaku mungkin antara 10 hingga 15 minit. Sebelum melalui kawasan tersebut, saya telah dapat mengagak tedapat kemalangan di lorong sebelah yang menghala ke selatan memandangkan di hadapan saya, ramai yg telah mula memperlahankan kenderaan masing2 dan kelihatan kepulan2 asap putih di lorong tersebut. Apabila tiba di tempat kejadian, pada mulanya saya cuma nampak sebuah bas JKM dan sebuah van putih. Bila berada bersebelahan, baru saya perasan ada sebuah lagi bas yang terbalik dan banyak kaca berserakan atas jalan. Memandangkan saya yang memandu, x dapat lah saya melihat kejadian tersebut lebih lama. Ayah saya amat pasti bahawa bas tersebut memang ada memintas kereta kami. Semasa memandu, saya ada melihat (melalui cermin pandang belakang) sebuah bas mengekori kami rapat di lorong kiri sebelum memintas kami melalui lorong tengah. Jika pada waktu itu saya memandu mengikut had laju di lorong kiri (had laju 110 km/h, saya 100 km/h), berapa agaknya kelajuan bas itu semasa memotong kami & bas tersebut terus berada di lorong tengah & kemudian kanan. Sekelip mata saja bas itu hilang dari pandangan kami.
Yang paling menyakitkan hati saya, sedang kami berhati-hati melalui kawasan tu, terdapat sebuah kereta PROTON SAGA MERAH, yang berada di lorong kiri skali, memintas kereta saya di lorong tengah dan cuba untuk ke lorong kanan semata-mata untuk melihat kemalangan tersebut. Selepas melihat lorong kanan tersebut penuh dengan serakan kaca, pemandu kereta tersebut cuba untuk kembali ke lorong tengah sambil cuba mengambil gambar. Saya dah mula marah2, tapi ayah saya bersangka baik, mungkin reporter katanya. SAMA ADA ANDA REPORTER ATAU BUKAN, SILA BERHENTIKAN KENDERAAN ANDA, & ambillah sebanyak mana gambar yg anda mahu. TOLONG JANGAN MEMBAHAYAKAN NYAWA ORANG LAIN!!
Jika tarikh 10/10/10 ini dianggap sebagai tarikh bertuah bagi sesetengah pihak, hingga ramai yg sanggup melewatkan kelahiran bayi mereka utk tarikh ini, dgn kejadian ini, boleh kah dianggap lagi sbg tarikh yg boleh membawa tuah?
Apa pun, bila difikirkan semula, saya tetap bersyukur kerana tidak melihat peristiwa ini secara langsung. Mungkin saya akan mengalami trauma yg teruk jika peristiwa ini berlaku di depan mata saya. Mungkin juga saya x mampu utk memandu pulang hari itu. Melihat keadaan selepas kemalangan saja cukup menggerunkan.
Walau apa pun, saya menganggap peristiwa ini sbg peringatan kpd kita semua yg masih bernafas. Sesungguhnya maut akan datang menjemput dgn apa cara sekalipun pd bila2 masa & di mana2 shj. Siapalah kita utk menentukan cara, bila & di mana kita akan mati. Semuanya telah tertulis & sbg umat Islam, kita hanya mampu berdoa agar kita dapat mati sbg org2 yg beriman.
Al-Fatihah.

Oct 7, 2010
Entri Raya...
Esok, 7 okt genaplah 30 Syawal. Saya memang tak masukkan apa2 entri raya pun. Alasan saya senang jer...saya malas. Cukupla dgn apa yg adik ipar saya dh masukkan di sini. Rasanya tak perlu lah saya tambah2 lagi....Lagipun saya malas nk menatap rupa saya yg bulat tu...nampaknya berpuasa sebulan tak banyak bagi kesan...Plus tiada apa yang menarik untuk dikongsikan....Yang menariknya tahun ni, Syawal bermula pd hari jumaat & berakhir pun hari jumaat...penghulu segala hari...tahun lepas, jemaah haji kita dpt merasa haji Akbar bila E'idulAdha jatuh pd hari Jumaat....tahun ni, saya belum tengok kalendar lg....kalau ada yg dh tgk, maybe boleh komen nnt....
Ok lah...tak tau nk masukkan ape sebenarnya....lain kali lah ye...
Ok lah...tak tau nk masukkan ape sebenarnya....lain kali lah ye...
Sep 24, 2010
Rumah Idaman
Ciri-ciri rumah idaman kami....(selera besar, wangnya belum pasti....cita2 dulu)
- mesti ada dry kitchen & wet kitchen. dapur mesti ala2 chef punye dapur
- cayang nak kolam renang
- mesti rumah bawah (kalau boleh x nak apartment & yg sewaktu dgnnya)
- kalau x dpt banglo, rumah kembar 2 pun jadik la...(kalau rumah teres leh buat dapur chef ke?)
- bilik yg cukup utk anak2....share pun boleh gak..sharing is caring
- kalau boleh, x nak bertingkat-tingkat...pasal tak rajin nak mengemas & tak larat nak turun naik tangga
- ada mini gym....cukup la ngan treadmill sebijik....tak pun basikal gerak setempat
Subscribe to:
Posts (Atom)