Oct 13, 2010

Kisah Kemalangan Ngeri 101010

Pertama sekali, bingkisan al-Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam dan ucapan takziah dari saya buat ahli keluarga yang terlibat. Sebenarnya tiada apa yang boleh dikatakan lagi....apa yang berlaku adalah mengikut ketentuan Allah yang Maha Kuasa.

Saya melalui kawasan kemalangan tersebut ketika hampir pukul 7 petang dan saya percaya pada waktu saya dan keluarga melalui kawasan tersebut, kemalangan itu baru saja berlaku mungkin antara 10 hingga 15 minit. Sebelum melalui kawasan tersebut, saya telah dapat mengagak tedapat kemalangan di lorong sebelah yang menghala ke selatan memandangkan di hadapan saya, ramai yg telah mula memperlahankan kenderaan masing2 dan kelihatan kepulan2 asap putih di lorong tersebut. Apabila tiba di tempat kejadian, pada mulanya saya cuma nampak sebuah bas JKM dan sebuah van putih. Bila berada bersebelahan, baru saya perasan ada sebuah lagi bas yang terbalik dan banyak kaca berserakan atas jalan. Memandangkan saya yang memandu, x dapat lah saya melihat kejadian tersebut lebih lama. Ayah saya amat pasti bahawa bas tersebut memang ada memintas kereta kami. Semasa memandu, saya ada melihat (melalui cermin pandang belakang) sebuah bas mengekori kami rapat di lorong kiri sebelum memintas kami melalui lorong tengah. Jika pada waktu itu saya memandu mengikut had laju di lorong kiri (had laju 110 km/h, saya 100 km/h), berapa agaknya kelajuan bas itu semasa memotong kami & bas tersebut terus berada di lorong tengah & kemudian kanan. Sekelip mata saja bas itu hilang dari pandangan kami.

Yang paling menyakitkan hati saya, sedang kami berhati-hati melalui kawasan tu, terdapat sebuah kereta PROTON SAGA MERAH, yang berada di lorong kiri skali, memintas kereta saya di lorong tengah dan cuba untuk ke lorong kanan semata-mata untuk melihat kemalangan tersebut. Selepas melihat lorong kanan tersebut penuh dengan serakan kaca, pemandu kereta tersebut cuba untuk kembali ke lorong tengah sambil cuba mengambil gambar. Saya dah mula marah2, tapi ayah saya bersangka baik, mungkin reporter katanya. SAMA ADA ANDA REPORTER ATAU BUKAN, SILA BERHENTIKAN KENDERAAN ANDA, & ambillah sebanyak mana gambar yg anda mahu. TOLONG JANGAN MEMBAHAYAKAN NYAWA ORANG LAIN!!

Jika tarikh 10/10/10 ini dianggap sebagai tarikh bertuah bagi sesetengah pihak, hingga ramai yg sanggup melewatkan kelahiran bayi mereka utk tarikh ini, dgn kejadian ini, boleh kah dianggap lagi sbg tarikh yg boleh membawa tuah?

Apa pun, bila difikirkan semula, saya tetap bersyukur kerana tidak melihat peristiwa ini secara langsung. Mungkin saya akan mengalami trauma yg teruk jika peristiwa ini berlaku di depan mata saya. Mungkin juga saya x mampu utk memandu pulang hari itu. Melihat keadaan selepas kemalangan saja cukup menggerunkan.

Walau apa pun, saya menganggap peristiwa ini sbg peringatan kpd kita semua yg masih bernafas. Sesungguhnya maut akan datang menjemput dgn apa cara sekalipun pd bila2 masa & di mana2 shj. Siapalah kita utk menentukan cara, bila & di mana kita akan mati. Semuanya telah tertulis & sbg umat Islam, kita hanya mampu berdoa agar kita dapat mati sbg org2 yg beriman.

Al-Fatihah.

No comments: