Jul 29, 2010

Cantik ke I-city??

Dah lama x berblogging....kali nih nak upload skit gambar2 kat I-city...cantik ke I-city nih?

Ntah la...sy sendiri pn x tau nk ckp...rasanya kalau betul2 buat maintenance, cantik la gaknye. Yang x bestnya, orang terlalu ramai. Masa kitorang (saya, Mr. Suami, mama & angah) pegi, belum ada charge lagi. Baru2 ni, adik saya, alip, beritahu, dh kena charge RM1 kalau nk masuk I-city. Mujur la, saya dah agak biasa dgn shah alam, khususnya sek 7 la kan, jadi dh tau la cemana nk masuk kat parking bertingkat tu. X yah la nk bersesak sesak masuk dr arah Bukit Raja, tapi masa kitorang balik dlm 9.30 tu, parking tu dh tutup pn. Skrg ni, alip ckp, dh x boleh masuk ikut parking tu lagi. Kami sampai masa tu, baru masuk kul 8 mlm. Maksudnya, masuk je waktu maghrib, terus solat, pastu terus gerak. Tu pn dh ramai gile orang.
Cantik? Cantik la gak...ape yang ada? Ada lampu mcm2 bentuk...pastu byk gerai2 mkn & jualan cenderahati.

Susah gak lah photographer saya a.k.a Mr. suami nk capture gambar2 ni...Pasal guna kamera x canggih, jad malas nk mengedit. Nk meng'upload' gambar2 nih pn susah gak...pasal pakai celcom broadband yg idup segan mati x mau ni....


Jul 22, 2010

AhDOiiiii.....

Dah x larat rasanya....x larat nk mengadap satu hal....x larat nk dgr org bertanya lg satu hal!! lembab betul aku nih! Ahdooiiiiii!!!

Jul 15, 2010

Duyung Aridinata

Ntah macam mana, semalam, boleh plak layan cite Duyung Ardinata dgn SIL ku & anaknya. Terkejut gak tgk cite nih mula2 tu.Dengan penuh rasa ingin tahu (curiosity kills the cat), saya pn tgk la skali. Rasa bangga ke, tgk perkembangan industri seni perfileman hari ini, dgn penggunaan teknologi yg canggih, mampu utk meghasilkan drama begitu? Minta maaf pada peminat drama tu, JUJURNYA, SAYA MEMANG X SUKA LANGSUNG drama tu. Geli ketiak saya tgk drama tu. Seksa rasanya tgk Rozie Rashid mengenakan kostum duyung tu, x masuk lg Natasha Hudson & pelakon2 lain.

Ibu bapa kat luar sana, x perlu lah benarkan anak2 anda tgk cerita ni. Bukan ada faedah pun. Takut terpesong plak pemikiran kanak2. Terutamanya bila tengok Putera Aridinata tu pegi jumpe Dukun Mek Melusa utk meminta pertolongan. Tambah lagi dengan si Puteri Antartika yang memang taksub dgn ilmu sihir, sanggup pegi cari minyak senyonyong utk memikat Putera Aridinata tuh.
Allah dh bagi tau dlm Quran, surah yg kita baca tiap kali solat :"Engkaulah sahaja (Ya Allah) yg kami sembah, dan pada Engkau kami meminta pertolongan" (Surah Al-Fatihah, Ayat 5). Dah terang & jelas. Jadi x perlulah Mek Melusa & minyak senyonyong tu.

"Alaa...tu cerita je. Suka-suka. Bukannya kena ikut pun."

Betul. Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni berkata dalam bukunya yg bertajuk Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia, kebahagiaan hidup kita terletak pada ilmu & pandangan hidup yg lurus, sedangkan hal tersebut x dpt diperolehi dr kisah2 romantik, khayalan atau murahan, yang mana boleh membuat kita berkhayal & terpisah jauh dari realiti. Dan hasilnya, akan mempengaruhi sifat peribadi kita. Dah tentulah kita x mahu diri kita sendiri & ahli keluarga kita berperangai dgn sifat mazmumah kan?

Ceh! Saya nih, pandai bercakap aje kan? Saya sendiri pn suka gak tgk movie. Tgh cuba2 gak la kurangkan. Tapi susah betul. Ada aje cite yg nk ditengok. Saya mmg suka tgk cite yg ada paparkan hubungan kekeluargaan, jatuh bangun seseorang, paling saya suka penyiasatan. Klu romantik, fantasi nih, payah skit la. Harap dpt berubah, x nak taksub sgt dgn hiburan nih.

Baru skrg saya faham kenapa mak saya x bagi tgk tv masa sekolah rendah dulu...tapi curik2 tgk gak. Hehe. Maaf ye ma!

Jul 13, 2010

BEZA SUAMI & ISTERI

Hari ni baca artikel dr web Ust Zaharuddin tentang perbezaan antara suami dan isteri. Memang menarik, terutamanya bagi pasangan yg belum pn sampai setahun jagung di alam rumah tangga, terutamanya pada bahagian komen isteri dan balasan suami. Bila difikir-fikir, direnung-renung, ada betulnya juga. Kadangkala, kita lebih cenderung mencari salah pasangan drpd mengingati kebaikan pasangan kita (selalu terjadi pada saya). Maklum sajalah, baru mendirikan rumah tangga, masih banyak perkara yg belum biasa. Kalau dulu, gosok baju untuk sendiri, skrg dah tambah baju yg seorang lagi. Bila badan dah penat, hati tu mulalah jadi jahat. Macam-macam terlintas di fikiran, "asyik tido je, tolong tak nak pulak". Contoh aje. Boleh kata sebiji macam dalam artikel tu.
Saya sebagai perempuan, selalu menganggap pihak lelaki, dlm kes ni, suami saya, boleh menebak fikiran saya. Hakikatnya, hasrat hati perlu disuarakan. Contoh, kalau saya mahukan pertolongan suami saya, sepatutnya saya meminta, bukan dengan merungut dan bermasam muka. Betul lah, memang sukar hendak memahami diri sendiri. Sifat ego sentiasa menjengah, menafikan kekurangan diri. Kiranya ada saudara atau sahabat yang mahu menegur, dianggap pula tidak tahu malu, diri sendiri pun tak betul, sudah pandai mengajar. Sampaikan, teguran suami pun diambil endah tak endah. Itulah yang berlaku pada saya sepanjang 7 bulan usia perkahwinan. Bila terbaca artikel ni, saya jadi malu sendiri. Harap-harap dapat segera membaiki diri.

Berbalik pada artikel tersebut (http://www.zaharuddin.net/content/view/935/72/), di sini saya masukkan sebahagian kandungan artikel tersebut, iaitu fungsi rumahtangga yang mesti diusahakan pasangan suami isteri:

  1. Litaskunu Ilayha
    = Tempat merasa tenteram, kerehatan dan ketenangan. Faktor terkuat untuk menghasilkan aspek ini adalah individu di dalam rumah itu sendiri. Walau rumah sebesar dan sehebat mana pun binaannya, tanpa ahli rumah yang berkualiti, rumah tetap tidak mampu menghilangkan masalah.
  2. Mawaddah wa rahmah
    = tempat emosi dan perasaan belas, kasih sayang dan cinta dipupuk. Maka adalah tanggung jawab pasangan untuk sentiasa memperbaharui kasih dan sayang mereka di antara satu sama lain. Itulah salah satu huraian yang diberikan oleh Sahabat Nabi, Ibn Abbas r.a apabila beliau berkata :
    المودة حب الرجل امرأته
    Ertinya : Mawaddah itu adalah kasihnya seorang suami terhadap isterinya ( Tafsir Al-Qurtubi)
    Justeru mempelajari caranya juga merupakan satu tuntutan, menzahirkannya kepada pasangan juga merupakan sebuah tuntutan.
    = Saling ambil berat atas kebajikan, perasaan, kerungsingan. Tabiat natural manusia cenderung kepada keinginan seseorang untuk mengambil berat tentang dirinya. Justeru, ini adalah antara item penting yang mesti diwujudkan di dalam sebuah rumahtangga. Wajib ke atas kedua-duanya, suami terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya. Sahabat nabi, Ibn Abbas r.a menjelaskan
    الرحمة رحمته إياها أن يصيبها بسوء
    Ertinya : Al-Rahmah itu adalah belasnya dan ambil tahunya seorang lelaki ke atas isterinya apabila dia ditimpa kesusahan dan keburukan. ( tafsir Al-Qurtubi)

    = Imam Ibn Abbas r.a dan Mujahid pernah menerangkan bahawa Mawaddah bermaksud Jima' manakala rahmah itu adalah anak. Hasilnya, nafqah batin dan kepuasan suami isteri melaluinya adalah crucial di dalam sebuah rumahtangga. Kehadiran anak pula juga merupakan satu objektif perkahwinan yang dibanggai Rasulullah. Namun bagi yang belum mendapat rezeki itu, banyakkan berdoa dan teruskan usaha.

UNEXPECTED MEETINGS...

Yesterday morning, I met with my best friend...unexpected eh! but heartwarming...looks like I've miscalculated....just hoping the timing is right this time...Insya Allah..

Jul 10, 2010

BEJEWELED BLITZ CRAZY....!!

Ape lg...skrg ni tgh gila main bejeweled blitz la plak. Tesis x siap lg, tapi enjoy nye bukan main. Bukan ape, kt umah ni ada pakar bejeweled. Malangnya pakar tu dh dikalahkan...HAHAHAHA...seronok pulak bile nama dh duk atas skali kt scoreboard tu, tp pakar x dpt nk beat score tu....sape pakar tu? sape lah lg...encik suami ler...sorry ye, anak murid dh lwn tok guru...

Jul 9, 2010

MUTIARA HIKMAH 1

Penyakit adlh sebuah pesan yg di dalamnya terdapat khabar gembira, sedangkan kesihatan adlh perhiasan yg sangat berharga.
Tiada Tuhan (yg sebenar) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adlh termasuk orang2 yg zalim.

Dipetik dr:
Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

Jul 8, 2010

Today

Today is a problem-checking day....

Jul 6, 2010

Qahira...Oh, Qahira!

Hari ni saya bercerita tentang anak buah saya yg amat bijak, tapi sangat nakal. Kalau satu hari x dengar keletah dia, memang rasa kekurangan. Nama anak buah saya ni Siti Nur Qahira. Dia baru je masuk 2 tahun hujung bulan 5 ari tu (rasanye la). Walaupun umur baru masuk 2 tahun, tapi mulutnya dah macam budak 5 tahun. Tapi pelat tu tetap ada. Dia confuse bile perkataan tu ade k ngan g. Kalau dia nak sebut kuih, akan jadi tuih. Even nama dia pn bertukar gak, dari Qahira jadi Teyya. Kalau dia nk sebut cikgu, jadi cikdu. Nak jadikan cerita, incik ngan atok dia suka tgk satu cerita kt astro warna, Kiah Pekasam (klu ikut sebutan qahira: Tiah Petasyam), qahira pn akan join sama gak tgk cite tu. Tapi dia suka tang lagu masa awal ngan akhir cite tu. Siapa yang tgk cite tu, sure tau lagu ni:
Version tv:
Pakat-pakat dok jenguk
Pakat-pakat mai tengok
Sure korang dah bleh agak la version Qahira jadi ape, kan?
Patat-patat dok jenuk
Patat-patat mai tenok
Apa lagi, kami pun ketawa besar dengar dia nyanyi. Cepat2 ucu dia pesan, "Qahira jangan nyanyi lagi tau lagu tu". Bukan ape, segan la jugak kalau ade orang luar yang terdengar nnt. Sayang jugak pasal x sempat nak record masa dia tengah nyanyi lagu tu.

Jul 5, 2010

Kagum

Pagi ini, saya belajar sesuatu dari blog yang belum pernah saya kunjungi. Ada saya senaraikan blog tersebut di sebelah. Saya insaf bila membaca artikel dr blog tersebut bertajuk "walau sebesar zarah".
Saya kagum apabila membaca tentang bagaimana seorang ibu memberi nasihat pada anaknya. Masya Allah....serta merta saya merasa kecil. Dengan hanya menggunakan sepotong hadith Rasulullah S.A.W., satu nasihat yg amat jelas yg saya kira sangat mudah difahami dapat disampaikan dengan berkesan, kepada kanak2 yang bukan sesiapa tetapi anak2nya sendiri. Memberi nasihat pd anak2, menggunakan hadith Rasul S.A.W., bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan setiap orang.
Persoalan yang sering bermain di fikiran saya, bila agaknya dapat menimang cahaya mata, sudah setengah tahun saya bernikah. Seringkali saya cuma menganggap, belum rezeki, walau hati sukar menerima. Membaca artikel itu, saya tersentak. Menitis air mata, akur dengan kekurangan diri. Lalu berbagai-bagai persoalan bermain di fikiran. Bagaimana saya boleh menjadi ibu, mendidik anak2, sedangkan ilmu yg saya perolehi, belum cukup utk membawa saya terus ke jalanNYA apatah lg anak2 saya. Menjadi isteri sahaja, belum tentu saya mampu, inikan pula memikul tanggugjawab yg saya sendiri belum tahu besarnya. Ya Allah, benarlah, Engkaulah yang Maha Mengetahui.
Lantaran itu, saya sedar. Keinginan sahaja belum cukup utk menjadi ibu. Walau sebesar langit sekalipun keyakinan yg ada, masih belum cukup jika tiada ilmu. Kini saya memahami dan amat mengerti. Saya redha pada ketentuan Ilahi. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Kagum sangat pada sahabat2 yang sentiasa bersedia menjadi ibu...

Jul 2, 2010

Pengantin Baru Setiap Hari???


Jadi pengantin baru setiap hari? Sape tak nak kan? Jadi, macam mana boleh timbul cerita jadi pengantin baru setiap hari ni? Semalam, saya bercerita dgn kawan baik saya...cerita2 biasa...termasuk la isu hubungan terlarang...kecurangan suami/isteri.....maksiat dlm rumahtangga....tapi silapnya kami, kami lupa nk bercerita tentang pencegahannya....

cari punya cari, saya pun jumpa satu buku ni..."Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari". Buku ni ditulis oleh Ust Zahazan & Ust Azrul Azlen. Pada saya setiap pasangan yg dh berkahwin patut ada buku ni....kenapa?

Dalam buku ni, penuh dgn doa2 utk kita amalkan sesuai dgn tajuknya. Salah satu cara utk kita minta pd Allah supaya rumahtangga kita sentiasa diberkatiNya.

Jadi, ape yg ade dlm buku ni? Macam2...terlalu banyak nk letak kt dalam ni, semuanya doa2 utk amalan kita stiap hari, antaranya:
  • doa agar diri & zuriat diterima sbg hamba yg taat
  • doa agar mendpt zuriat yg baik
  • ketika suami/isteri dlm keadaan marah
  • dicukupkan keperluan rumah tangga
  • terselamat drpd maksiat
  • tidak curang pd pasangan
  • kasih sayang berpanjangan
  • meletakkan anak di atas riba
  • terhindar drpd mendpt zuriat yg jahat
  • bermusafir atau pulang ke kampung
  • masuk ke pasar
  • agar rumah yg dipilih adlh tempat tinggal yg terbaik

banyak lagi...saya cuma senaraikan sedikit saja....semuanya ada 50 doa kt dlm ni termasuklah benda2 yg kadang2 kita anggap remeh contohnya ketika pasangan bergotong royong atau pun masa pasangan kite bersedih atau stress....

Pada saya, dgn keadaan & cabaran kita hari, mengekalkan rumahtangga tu bkn perkara yg mudah...apatah lg membesarkan anak2 dlm keadaan suasana yg semakin hari semakin canggih cabarannya...saya kira, elok la kiranya kita semua berdoa pd NYA, ALLAH YG MAHA ESA, di samping kita berusaha, agar dipermudahkan dlm setiap urusan, agar sentiasa dilindungi dan dijauhkan dr maksiat...hanya pada ALLAH kita mengadu & memohon pertolongan...

Cakap mcm pandai je kan...ini cume pendapat dr saya yang belum mengerti tentang kehidupan & sedang berusaha utk mengerti...anda mungkin ade pendapat yg berbeza...boleh kongsikan bersama sama....

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...

Jul 1, 2010

Tak disangka....

Tak sangka la plak...amik master nih senang....tapi yg susahnye, mengabihkan master....rupenye susah nk tulis tesis. penat pikir 1 ari, pn x dpt gak benda yg nk ditulis....Jangan mengeluh...terus berusaha!!!