Jul 13, 2010

BEZA SUAMI & ISTERI

Hari ni baca artikel dr web Ust Zaharuddin tentang perbezaan antara suami dan isteri. Memang menarik, terutamanya bagi pasangan yg belum pn sampai setahun jagung di alam rumah tangga, terutamanya pada bahagian komen isteri dan balasan suami. Bila difikir-fikir, direnung-renung, ada betulnya juga. Kadangkala, kita lebih cenderung mencari salah pasangan drpd mengingati kebaikan pasangan kita (selalu terjadi pada saya). Maklum sajalah, baru mendirikan rumah tangga, masih banyak perkara yg belum biasa. Kalau dulu, gosok baju untuk sendiri, skrg dah tambah baju yg seorang lagi. Bila badan dah penat, hati tu mulalah jadi jahat. Macam-macam terlintas di fikiran, "asyik tido je, tolong tak nak pulak". Contoh aje. Boleh kata sebiji macam dalam artikel tu.
Saya sebagai perempuan, selalu menganggap pihak lelaki, dlm kes ni, suami saya, boleh menebak fikiran saya. Hakikatnya, hasrat hati perlu disuarakan. Contoh, kalau saya mahukan pertolongan suami saya, sepatutnya saya meminta, bukan dengan merungut dan bermasam muka. Betul lah, memang sukar hendak memahami diri sendiri. Sifat ego sentiasa menjengah, menafikan kekurangan diri. Kiranya ada saudara atau sahabat yang mahu menegur, dianggap pula tidak tahu malu, diri sendiri pun tak betul, sudah pandai mengajar. Sampaikan, teguran suami pun diambil endah tak endah. Itulah yang berlaku pada saya sepanjang 7 bulan usia perkahwinan. Bila terbaca artikel ni, saya jadi malu sendiri. Harap-harap dapat segera membaiki diri.

Berbalik pada artikel tersebut (http://www.zaharuddin.net/content/view/935/72/), di sini saya masukkan sebahagian kandungan artikel tersebut, iaitu fungsi rumahtangga yang mesti diusahakan pasangan suami isteri:

  1. Litaskunu Ilayha
    = Tempat merasa tenteram, kerehatan dan ketenangan. Faktor terkuat untuk menghasilkan aspek ini adalah individu di dalam rumah itu sendiri. Walau rumah sebesar dan sehebat mana pun binaannya, tanpa ahli rumah yang berkualiti, rumah tetap tidak mampu menghilangkan masalah.
  2. Mawaddah wa rahmah
    = tempat emosi dan perasaan belas, kasih sayang dan cinta dipupuk. Maka adalah tanggung jawab pasangan untuk sentiasa memperbaharui kasih dan sayang mereka di antara satu sama lain. Itulah salah satu huraian yang diberikan oleh Sahabat Nabi, Ibn Abbas r.a apabila beliau berkata :
    المودة حب الرجل امرأته
    Ertinya : Mawaddah itu adalah kasihnya seorang suami terhadap isterinya ( Tafsir Al-Qurtubi)
    Justeru mempelajari caranya juga merupakan satu tuntutan, menzahirkannya kepada pasangan juga merupakan sebuah tuntutan.
    = Saling ambil berat atas kebajikan, perasaan, kerungsingan. Tabiat natural manusia cenderung kepada keinginan seseorang untuk mengambil berat tentang dirinya. Justeru, ini adalah antara item penting yang mesti diwujudkan di dalam sebuah rumahtangga. Wajib ke atas kedua-duanya, suami terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya. Sahabat nabi, Ibn Abbas r.a menjelaskan
    الرحمة رحمته إياها أن يصيبها بسوء
    Ertinya : Al-Rahmah itu adalah belasnya dan ambil tahunya seorang lelaki ke atas isterinya apabila dia ditimpa kesusahan dan keburukan. ( tafsir Al-Qurtubi)

    = Imam Ibn Abbas r.a dan Mujahid pernah menerangkan bahawa Mawaddah bermaksud Jima' manakala rahmah itu adalah anak. Hasilnya, nafqah batin dan kepuasan suami isteri melaluinya adalah crucial di dalam sebuah rumahtangga. Kehadiran anak pula juga merupakan satu objektif perkahwinan yang dibanggai Rasulullah. Namun bagi yang belum mendapat rezeki itu, banyakkan berdoa dan teruskan usaha.

1 comment:

amalina said...

Sometimes it's very hard to not have a fight with hubby. We have flaws and to make it work, it takes two to tango. But it's all worth it :)