Sep 24, 2010

Rumah Idaman

Ciri-ciri rumah idaman kami....(selera besar, wangnya belum pasti....cita2 dulu)

  1. mesti ada dry kitchen & wet kitchen. dapur mesti ala2 chef punye dapur
  2. cayang nak kolam renang
  3. mesti rumah bawah (kalau boleh x nak apartment & yg sewaktu dgnnya)
  4. kalau x dpt banglo, rumah kembar 2 pun jadik la...(kalau rumah teres leh buat dapur chef ke?)
  5. bilik yg cukup utk anak2....share pun boleh gak..sharing is caring
  6. kalau boleh, x nak bertingkat-tingkat...pasal tak rajin nak mengemas & tak larat nak turun naik tangga
  7. ada mini gym....cukup la ngan treadmill sebijik....tak pun basikal gerak setempat
setakat ni, tu jer yang boleh dipikir....kalau ada tambahan nanti, update lagi lah. nampak gayanya kenala usaha lebih dari biasa...mcm motto masa sekolah dulu : usaha, doa & tawakkal

Newborn

Congratulations to my BFF Yani!! Dah selamat melahirkan baby girl pukul 3.54 pagi td. Nama belum sempat siasat lagi. Cukup semangat baby dia, 3++ kg. Sekarang ada kat kelantan. Really happy. We were married at almost the same time. Tapi rezeki dia dulu. A little bit jealous but happy....The best part is she shares the same birthday as my husband. I definitely am going to remember her birthday (always forget her mother's)...

Sep 7, 2010

Biskut Arab aka Suji aka Minyak Sapi

Seperti yg dijanjikan, ni saya nk tepek skit gambar gambar biskut Arab saya. Sila buat tak tau jer dgn gambar yang tak berapa nak cantik, termasukla hasil biskut saya yang mmg tak cantik gak. Saya memang malas tahap cipan masa buat biskut ni. Jadi saya bulat2 jer bila dah jadi doh, xde masukkan dlm paper cup pun, hiasan2 pun ilang ntah ke mana.

Biskut Arab (gaya org malas)
Ada kisah di sebalik biskut. Lepas saya patah hati dgn QBB Pure Ghee, pasal penggantungan sijil halalnya oleh JAKIM, saya pun cari laPure Ghee yang lain. Macam yang saya cerita dlm previous entry, saya nak cuba gunakan Gheeblend. Tapi lepas saya belek tin Gheeblend tu, baru la saya terbaca yg Gheeblend ni rupanya ada campuran minyak sawit. Terpaksa cari lain sbb saya bimbang rasanya akan bertukar nanti. Sbg alternatifnya, saya cuba gunakan Ghee yang lain; Enrico's atau Windmill Pure Ghee...kalau anda perasan, bekasnya warna hijau & tutupnya warna kuning.

Alhamdulillah....baunya agak sama dgn QBB & rasanya juga agak setanding. Cuma biskut saya tidak serapuh masa saya gunakan QBB dahulu. Mungkin saya terlebih tepung, kalau ikut sukatan, 400 g Ghee, 800 g tepung gandum. Saya cuma gunakan 750g shj. Gula pun saya dh kurangkan kpd approx. 320g (sukatan asal 400g), boleh letak lebih kalau suka. Psl mama ada diabetes, saya cuba kurang kan gula. Bukan satu masalah sebenarnya, sbb slps bakar pun masih boleh ditambahkan gula. Cuma golekkan shj biskut di atas gula halus sbg hiasan. Tapi saya tak buat. Kononnya nak jaga kesihatan.

Inilah hasilnya. Satu2nya biskut raya yang saya buat sdiri sbg permulaan. Boleh cuba jika suka....

Sep 1, 2010

Biskut Arab vs Minyak Sapi

Isnin lepas, saya, husband, ibu & noni pegi ke ke pasaraya Checkers. Ibu & Noni cari bahan untuk buat tat nenas. Tat nenas ni mmg sumber rezeki famili in law saya tiap2 tahun. Saya pula berhajat untuk membuat beberapa jenis biskut raya yg mudah. Yang ada dlm kepala ni, biskut arab atau biskut minyak sapi. Resepi biskut ni, mmg sangat senang & mmg jadi favourite family saya, cuma tahun lepas kami tak berpeluang buat biskut ni. Memandang resepinya mudah, memang saya bercadang nak buat sendiri tahun ni. Bahan2nya ada 3 jer; tepung gandum, minyak sapi & gula. Biasanya saya & mama akan gunakan minyak sapi QBB Pure Ghee. Susah juga nak cari minyak sapi brand ni sekarang, dah terlanjur jumpa di Checkers, dengan penuh excited saya pun beli yg tin sederhana besar (400 g), beli 2 tin, 1 saya & 1 ibu. Masuk kereta jer, saya pun beritahu ibu, serta merta hati yang berbunga tadi, layu. Rupa-rupanya, sijil halal QBB Pure Ghee telah digantung oleh Jakim. Untuk kepastian lanjut boleh tengok kat sini. Frust sungguh!!! Nampaknya terpaksalah saya cuba gunakan brand yang lain. Dengar2 Gheeblend pun ok gak. Seram rasanya nk mkn nasi beriani kat mamak.

Berbalik pada cerita biskut saya. Ni resepi biskut Arab yang biasa saya buat:

500 g tepung gandum (diayak)
250 g gula (dikisar halus)
250 g minyak sapi

Gaulkan minyak sapi & gula hingga sebati, kemudian masukkan tepung. Bila dah jadi doh, bulat2kan & letak atas dulang pembakar. Saiz ikut kesukaan. Boleh hiaskan dgn ceri kat atas. Kemudian bakar dlm oven. Kalau nak golek2 kan ngan gula pastu pn boleh gak. Ada sesetengah yang suka buat warna warni, pun boleh juga. Ikut citarasa sendiri ye....

Biasanya, saya akan kurangkan sedikit gula sbb kami lebih sukakan rasa lemak minyak sapi. Lagipun mama kena jaga gula, ok. Tepung pun saya tak letak semua, sbb kitorang adik beradik suka biskut ni lembut skit, ala-ala "cair dlm mulut" gitu. Apa yg saya buat, saya masukkan tepung secara berperingkat sampai agak2 doh tak melekat pada bekas & tangan.

Itu sahaja. Nanti bila dh buat, saya tepek gambar kt sini ya.