Seperti yg dijanjikan, ni saya nk tepek skit gambar gambar biskut Arab saya. Sila buat tak tau jer dgn gambar yang tak berapa nak cantik, termasukla hasil biskut saya yang mmg tak cantik gak. Saya memang malas tahap cipan masa buat biskut ni. Jadi saya bulat2 jer bila dah jadi doh, xde masukkan dlm paper cup pun, hiasan2 pun ilang ntah ke mana.
|
Biskut Arab (gaya org malas) |
Ada kisah di sebalik biskut. Lepas saya patah hati dgn QBB Pure Ghee, pasal penggantungan sijil halalnya oleh JAKIM, saya pun cari laPure Ghee yang lain. Macam yang saya cerita dlm previous entry, saya nak cuba gunakan Gheeblend. Tapi lepas saya belek tin Gheeblend tu, baru la saya terbaca yg Gheeblend ni rupanya ada campuran minyak sawit. Terpaksa cari lain sbb saya bimbang rasanya akan bertukar nanti. Sbg alternatifnya, saya cuba gunakan Ghee yang lain; Enrico's atau Windmill Pure Ghee...kalau anda perasan, bekasnya warna hijau & tutupnya warna kuning.
Alhamdulillah....baunya agak sama dgn QBB & rasanya juga agak setanding. Cuma biskut saya tidak serapuh masa saya gunakan QBB dahulu. Mungkin saya terlebih tepung, kalau ikut sukatan, 400 g Ghee, 800 g tepung gandum. Saya cuma gunakan 750g shj. Gula pun saya dh kurangkan kpd approx. 320g (sukatan asal 400g), boleh letak lebih kalau suka. Psl mama ada diabetes, saya cuba kurang kan gula. Bukan satu masalah sebenarnya, sbb slps bakar pun masih boleh ditambahkan gula. Cuma golekkan shj biskut di atas gula halus sbg hiasan. Tapi saya tak buat. Kononnya nak jaga kesihatan.
Inilah hasilnya. Satu2nya biskut raya yang saya buat sdiri sbg permulaan. Boleh cuba jika suka....
No comments:
Post a Comment