Sep 1, 2010

Biskut Arab vs Minyak Sapi

Isnin lepas, saya, husband, ibu & noni pegi ke ke pasaraya Checkers. Ibu & Noni cari bahan untuk buat tat nenas. Tat nenas ni mmg sumber rezeki famili in law saya tiap2 tahun. Saya pula berhajat untuk membuat beberapa jenis biskut raya yg mudah. Yang ada dlm kepala ni, biskut arab atau biskut minyak sapi. Resepi biskut ni, mmg sangat senang & mmg jadi favourite family saya, cuma tahun lepas kami tak berpeluang buat biskut ni. Memandang resepinya mudah, memang saya bercadang nak buat sendiri tahun ni. Bahan2nya ada 3 jer; tepung gandum, minyak sapi & gula. Biasanya saya & mama akan gunakan minyak sapi QBB Pure Ghee. Susah juga nak cari minyak sapi brand ni sekarang, dah terlanjur jumpa di Checkers, dengan penuh excited saya pun beli yg tin sederhana besar (400 g), beli 2 tin, 1 saya & 1 ibu. Masuk kereta jer, saya pun beritahu ibu, serta merta hati yang berbunga tadi, layu. Rupa-rupanya, sijil halal QBB Pure Ghee telah digantung oleh Jakim. Untuk kepastian lanjut boleh tengok kat sini. Frust sungguh!!! Nampaknya terpaksalah saya cuba gunakan brand yang lain. Dengar2 Gheeblend pun ok gak. Seram rasanya nk mkn nasi beriani kat mamak.

Berbalik pada cerita biskut saya. Ni resepi biskut Arab yang biasa saya buat:

500 g tepung gandum (diayak)
250 g gula (dikisar halus)
250 g minyak sapi

Gaulkan minyak sapi & gula hingga sebati, kemudian masukkan tepung. Bila dah jadi doh, bulat2kan & letak atas dulang pembakar. Saiz ikut kesukaan. Boleh hiaskan dgn ceri kat atas. Kemudian bakar dlm oven. Kalau nak golek2 kan ngan gula pastu pn boleh gak. Ada sesetengah yang suka buat warna warni, pun boleh juga. Ikut citarasa sendiri ye....

Biasanya, saya akan kurangkan sedikit gula sbb kami lebih sukakan rasa lemak minyak sapi. Lagipun mama kena jaga gula, ok. Tepung pun saya tak letak semua, sbb kitorang adik beradik suka biskut ni lembut skit, ala-ala "cair dlm mulut" gitu. Apa yg saya buat, saya masukkan tepung secara berperingkat sampai agak2 doh tak melekat pada bekas & tangan.

Itu sahaja. Nanti bila dh buat, saya tepek gambar kt sini ya.

No comments: