Dah lama x update blog ni, kan? Bukannya busy sangat pn, tapi takde idea...so kali ni, nk cuba2 la update ape2 cerita....
Kisahnya....Alhamdulillah...sekarang ni dah lega sikit pasal dah berjaya hantar correction tesis, cuma yang masih merisaukan tu, examiners nak baca balik correction tu. Hopefully, diorang dapat baca dengan tenang dan terima dengan hati yang terbuka. Saya cuba mengenang waktu viva saya dengan positif, sangat susah! Sebab viva yang saya lalui bukan lah seperti kawan2 yang lain. Orang lain, kalau amik master, viva baru sejam, paling teruk pun 2 jam. Saya punya viva, hampir 3 jam. Examiners saya mmg go through tesis saya page by page. Abis jer viva tu, saya terasa seolah-olah saya la manusia yg paling bodoh tapi ada hati nak amik masters. Dah la tu, lama pulak tu, PhD pun 3 tahun jer...saya, siap terlebih time.
After viva, walaupun dicabar oleh supervisor untuk siapkan correction dalam masa 1 bulan, minta maaf, saya tak mampu lakukannya. Pengalaman viva yang pertama, menghantui saya sehingga hampir 3 bulan lamanya. Bulan yang pertama, saya menangis tiap kali melihat tesis saya. Bulan kedua & ketiga, saya mulakan penulisan pembetulan untuk tesis saya, tapi saya berjalan macam siput lajunya. Selepas itu, barulah saya berjaya mengumpulkan semula semua keazaman & keyakinan saya yang hampir hilang. Akhirnya, in early of May, saya berjaya mengahantar correction saya yang x seberapa untuk semakan examiners.
Jadi, buat masa sekarang ni, kena doa banyak2. Minta2 semuanya berjalan lancar. X sabar rasanya nak konvo. Insya Allah.
Kata Ustaz Pahrol, "Jangan minta hidup yang mudah, sebaliknya minta lah hati yang tabah. Kerana dengan hati yang tabah, setiap ujian hidup akan menjadi mudah. Insya Allah."
1 comment:
Wah, risau lak sy nak sambung masters hujung tahun ni...
Post a Comment