Pagi ini, saya belajar sesuatu dari blog yang belum pernah saya kunjungi. Ada saya senaraikan blog tersebut di sebelah. Saya insaf bila membaca artikel dr blog tersebut bertajuk "walau sebesar zarah".
Saya kagum apabila membaca tentang bagaimana seorang ibu memberi nasihat pada anaknya. Masya Allah....serta merta saya merasa kecil. Dengan hanya menggunakan sepotong hadith Rasulullah S.A.W., satu nasihat yg amat jelas yg saya kira sangat mudah difahami dapat disampaikan dengan berkesan, kepada kanak2 yang bukan sesiapa tetapi anak2nya sendiri. Memberi nasihat pd anak2, menggunakan hadith Rasul S.A.W., bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan setiap orang.
Persoalan yang sering bermain di fikiran saya, bila agaknya dapat menimang cahaya mata, sudah setengah tahun saya bernikah. Seringkali saya cuma menganggap, belum rezeki, walau hati sukar menerima. Membaca artikel itu, saya tersentak. Menitis air mata, akur dengan kekurangan diri. Lalu berbagai-bagai persoalan bermain di fikiran. Bagaimana saya boleh menjadi ibu, mendidik anak2, sedangkan ilmu yg saya perolehi, belum cukup utk membawa saya terus ke jalanNYA apatah lg anak2 saya. Menjadi isteri sahaja, belum tentu saya mampu, inikan pula memikul tanggugjawab yg saya sendiri belum tahu besarnya. Ya Allah, benarlah, Engkaulah yang Maha Mengetahui.
Lantaran itu, saya sedar. Keinginan sahaja belum cukup utk menjadi ibu. Walau sebesar langit sekalipun keyakinan yg ada, masih belum cukup jika tiada ilmu. Kini saya memahami dan amat mengerti. Saya redha pada ketentuan Ilahi. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya.
Kagum sangat pada sahabat2 yang sentiasa bersedia menjadi ibu...
No comments:
Post a Comment