Jul 6, 2010

Qahira...Oh, Qahira!

Hari ni saya bercerita tentang anak buah saya yg amat bijak, tapi sangat nakal. Kalau satu hari x dengar keletah dia, memang rasa kekurangan. Nama anak buah saya ni Siti Nur Qahira. Dia baru je masuk 2 tahun hujung bulan 5 ari tu (rasanye la). Walaupun umur baru masuk 2 tahun, tapi mulutnya dah macam budak 5 tahun. Tapi pelat tu tetap ada. Dia confuse bile perkataan tu ade k ngan g. Kalau dia nak sebut kuih, akan jadi tuih. Even nama dia pn bertukar gak, dari Qahira jadi Teyya. Kalau dia nk sebut cikgu, jadi cikdu. Nak jadikan cerita, incik ngan atok dia suka tgk satu cerita kt astro warna, Kiah Pekasam (klu ikut sebutan qahira: Tiah Petasyam), qahira pn akan join sama gak tgk cite tu. Tapi dia suka tang lagu masa awal ngan akhir cite tu. Siapa yang tgk cite tu, sure tau lagu ni:
Version tv:
Pakat-pakat dok jenguk
Pakat-pakat mai tengok
Sure korang dah bleh agak la version Qahira jadi ape, kan?
Patat-patat dok jenuk
Patat-patat mai tenok
Apa lagi, kami pun ketawa besar dengar dia nyanyi. Cepat2 ucu dia pesan, "Qahira jangan nyanyi lagi tau lagu tu". Bukan ape, segan la jugak kalau ade orang luar yang terdengar nnt. Sayang jugak pasal x sempat nak record masa dia tengah nyanyi lagu tu.

2 comments:

Ibu Naqee said...

hehe comel la, anak buah wan ke?

HidayaH said...

yup!! sbb duduk ngan atuk nenek, jadi xde kwn nk ckp. asyik dengar org tua je berckp, jd mulut dh jd cm mulut org tua.