Jul 15, 2010

Duyung Aridinata

Ntah macam mana, semalam, boleh plak layan cite Duyung Ardinata dgn SIL ku & anaknya. Terkejut gak tgk cite nih mula2 tu.Dengan penuh rasa ingin tahu (curiosity kills the cat), saya pn tgk la skali. Rasa bangga ke, tgk perkembangan industri seni perfileman hari ini, dgn penggunaan teknologi yg canggih, mampu utk meghasilkan drama begitu? Minta maaf pada peminat drama tu, JUJURNYA, SAYA MEMANG X SUKA LANGSUNG drama tu. Geli ketiak saya tgk drama tu. Seksa rasanya tgk Rozie Rashid mengenakan kostum duyung tu, x masuk lg Natasha Hudson & pelakon2 lain.

Ibu bapa kat luar sana, x perlu lah benarkan anak2 anda tgk cerita ni. Bukan ada faedah pun. Takut terpesong plak pemikiran kanak2. Terutamanya bila tengok Putera Aridinata tu pegi jumpe Dukun Mek Melusa utk meminta pertolongan. Tambah lagi dengan si Puteri Antartika yang memang taksub dgn ilmu sihir, sanggup pegi cari minyak senyonyong utk memikat Putera Aridinata tuh.
Allah dh bagi tau dlm Quran, surah yg kita baca tiap kali solat :"Engkaulah sahaja (Ya Allah) yg kami sembah, dan pada Engkau kami meminta pertolongan" (Surah Al-Fatihah, Ayat 5). Dah terang & jelas. Jadi x perlulah Mek Melusa & minyak senyonyong tu.

"Alaa...tu cerita je. Suka-suka. Bukannya kena ikut pun."

Betul. Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni berkata dalam bukunya yg bertajuk Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia, kebahagiaan hidup kita terletak pada ilmu & pandangan hidup yg lurus, sedangkan hal tersebut x dpt diperolehi dr kisah2 romantik, khayalan atau murahan, yang mana boleh membuat kita berkhayal & terpisah jauh dari realiti. Dan hasilnya, akan mempengaruhi sifat peribadi kita. Dah tentulah kita x mahu diri kita sendiri & ahli keluarga kita berperangai dgn sifat mazmumah kan?

Ceh! Saya nih, pandai bercakap aje kan? Saya sendiri pn suka gak tgk movie. Tgh cuba2 gak la kurangkan. Tapi susah betul. Ada aje cite yg nk ditengok. Saya mmg suka tgk cite yg ada paparkan hubungan kekeluargaan, jatuh bangun seseorang, paling saya suka penyiasatan. Klu romantik, fantasi nih, payah skit la. Harap dpt berubah, x nak taksub sgt dgn hiburan nih.

Baru skrg saya faham kenapa mak saya x bagi tgk tv masa sekolah rendah dulu...tapi curik2 tgk gak. Hehe. Maaf ye ma!

1 comment:

amalina said...

geli la llki tak pakai baju...